Friday, February 15, 2013

"AwAk tErLaLu CaNtIk UnTuK sAyA"....^_^


AKU masih termenung. Skrin komputer riba aku tatap dalam. Aku cuba perah ayat-ayat supaya keluar dari otak. Tiada. Aku tatap lagi skrin. Terasa kosong. Jenuh otak memikirkan ayat-ayat sebagai mukadimah diri. Di luar suasana mula redup. Bahang matahari tadi sudah bertukar sejuk. Angin mula bertiup bila dahan halus mula meliuk lentuk ditempuh angin. Mata beralih pula ke arah skrin.
Bingung. Bujang begini, telinga panas diterjah soalan 'bila nak berdua?'. Aku bukan jenis memilih. Aku pertahankan prinsip. Jodoh biar datang sendiri. Bukan dicari, bukan dikejar, bukan dihambat. Aku perempuan. Betul, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tapi jodoh takkan datang jika tidak dicari.
"Orang cantik macam kau ni pun susah dapat jodoh ke?"
Itulah yang selalu telinga aku dengar dari orang yang mudah menuding jari seperti menghunus pedang. Mudahnya menghukum. Kata-kata sinis yang mula membuat hatinya bengkak. Bengkak macam susu kotak yang dah kembung dek tercemar dengan Clostridium. Bila-bila masa boleh meletup. Memang aku tak pernah memilih dalam soal jodoh. Namun bila dicari pula, kata-kata inilah yang terucap. Setiap kali salam perkenalan dihulur, sang jejaka mula undur diri. Bingung. Terasa seperti dihina.
"Awak terlalu cantik untuk saya.."
Ah! Alasan. Aku pasti ciri itu dulu yang dicari sang jejaka! Ramai teman aku yang sudah berdua- nikah. Mereka memang cantik dan lawa..ayu. Tak ada pula alasan itu yang diberi bila mereka berkenalan.. Aku bingung! Pening aku fikir alasan lain. Setiap kali tanya, itu alasan yang diberi.. Tak logik! Sudahnya aku hanya melihat dari jauh. Tidak berani dekat. Tidak berani melangkau ke fasa seterusnya. Aku diam.
Salahkah aku dilahirkan cantik?
Salahkah aku dikurniakan wajah lawa?
Salahkah aku diberi wajah ayu?
Tak layakkah aku dicintai?
Tak layakkah aku dikasihi?
Aku cuma inginkan seorang calon suami yang baik.
Aku cuma inginkan seorang lelaki yang jujur.
Bukan rupa, bukan kaya, bukan, bukan...
Ikhlas.. Ya ikhlas terima aku..bukan kerana rupa...
Akhirnya aku terjebak ke kancah PJJ... Perhubungan jarak jauh. Tak perlu jumpa. Tak perlu tayang muka. Walau beribu kali sang jejaka ingin menatap wajah, aku sedaya upaya mengelak. Biarlah aku dituduh tidak jujur dalam persahabatan. Aku rela. Telinga aku sudah fobia dengan ungkapan begitu.
Aku pandang skrin komputer riba. Mug berisi kopi panas diletak atas meja belajar. Lama skrin itu ditenung. Masih berfikir ayat apa yang hendak ditaip.
Sesekali dia pandang keluar tingkap. Hujan renyai yang mula memercik ke cermin tingkap berwarna mula menitik turun, mengalir perlahan membawa bersama rasa asid yang hadir dalam tompokan air dari kepulan awan. Lama aku renung. Warna pelangi mula menjenguk keluar bila disinari cahaya matahari . Cantik! Sungguh indah ciptaan Mu ya Tuhan! Kali ini aku senyum.
Pandangan aku alih pula pada skrin komputer. Lama menunggu. Tiada balasan. Wajah aku mula berubah corak. Hati mula tertanya-tanya. Tangan kiri menongkat dagu.
"Mungkin nasib aku begini.. macam ni..aku serah pada orang tua jelah.."
Aku melangkah longlai ke arah tingkap. Hujan renyai masih mencurah. Kali ini bersama air mata yang cuba ditahan. Aku menoleh kembali pada skrin komputer. Satu mesej diterima. Aku segera bergerak ke arah meja semula.
'Maaf..kau terlalu cantik untuk aku jadikan suri hidup ku..'
Aku terdiam. Terkedu. Entah apa ter...lagi... Air mata mula tumpah. Semakin bingung. Tanpa paparan wajah juga aku ditolak. Apa yang harus aku lakukan lagi??? Mandi bunga??... Aku tak percaya semua tu.
SETAHUN berlalu. Hidup aku masih begini. Kini aku mula pasrah. Padanya aku berserah. Selama ini aku tidak pernah memilih. Aku juga ada naluri untuk memiliki. Aku mula memandang dunia ini tidak adil untuk perempuan seperti aku.
Otak mula memutarkan kembali kehidupan lalu aku. Aku bukan perempuan yang mudah untuk jatuh cinta. Jadi tiada istilah kasih dan cinta pada sang jejaka. Aku dibesarkan dengan disiplin ketat. Tak boleh tu.. Tak boleh ini.. Pada ayah tak perlu cinta-cinta. Esok, kalau ada yang berkenan, terus kahwin.
Kata-kata itulah yang aku pegang. Tak perlu cinta. Aku hanya melihat teman-teman semuanya berdua. Ke hulu ke hilir. Aku takut. Takut untuk turut sama seperti itu. Aku terkontang- kanting seorang diri. Peristiwa dua tahun lalu yang mengajar aku begitu. Aku menyesal. Kata-kata ayah, aku sudah lupa tika itu.
************
"Kau okey ke?" 
Aku angguk tapi gementar.
"Kenapa muka kau pucat?"
Aku pandang sang jejaka di sebelah. " Aku tak biasa.."
Sang jejaka tersenyum. "Aku bukan orang lain..nanti jadi bakal tunang kau juga."
Aku pandang pula tasik. Hati mula gelisah. Itulah kali pertama aku bersama dengan sang jejaka di tempat begitu.
"Fikir apa?"
Aku menoleh. "Err..tak ada apa.."
Sang jejaka mula dekat. Semakin rapat.
Aku semakin berdebar. Duk dak duk dak.
"Kau cantik.."
Sang jejaka memuji, yang aku rasa entah ke berapa ratus kali masa ungkapan itu dilontar ketika berhubung di alam maya. Dan ini kali pertama aku mendengar dari mulutnya sendiri di depan aku.
Aku jarakkan tubuh ku bila terasa tangannya mula merayap menyentuh tangan aku. Aku jeling tajam.
Sang jejaka buat tidak kisah. Dia mula tarik tangan aku dan cuba menciumnya.
Di kala itu aku merasakan aku sudah berada di suatu tempat yang lain. Lain dari bumi ini. Satu suara bergema kuat gempita menerobos masuk ke cuping telinga.
'Laa Taqrabuzzina!!!'
Aku terus rentap dan lari sekuat hati tanpa menoleh lagi.
Sejak itu aku nekad tak akan keluar dengan mana-mana lelaki lagi. Jika adapun, hanya urusan kerja. Tidak lebih dari itu. Dan... ungkapan 'Awak terlalu cantik untuk saya..' sebenarnya hanyalah satu alasan. Aku ditolak hanya kerana tidak melayan ajakan sang jejaka untuk bertemu. Aku ditolak hanya kerana aku tidak mahu berpasangan seperti sepasang kekasih yang memadu kasih. Aku dianggap kolot. Aku dianggap pentingkan diri. Aku dianggap sombong. Aku dikatakan berlagak dengan kecantikan aku. Aku...terlalu banyak dugaan ..tak terdaya untuk aku luahkan.
******
KINI aku bersimpuh di bumi barakah. Meratap kekesalan di masjidil haram, rumah Allah yang indah. Memohon keampunan dariNya. Aku memandang sayu Baitullah. Air mata laju membasahi pipi. Doa ku panjatkan agar aku bertemu jodoh dengan sang jejaka yang boleh terima aku seadanya. Al ~
Helaian Quran aku selak. Mata tertumpu pada sepotong ayat: Qur'an surat Al – Isro' (17): 32
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"
Air mata aku tumpah lagi. Aku lihat sekeliling. Betapa hinanya aku di situ namun aku bersyukur kerana dengan izinNya aku masih bertimpuh depan Kaabah.
Aku solat sunat tawaf sebaik selesai mengelilingi tujuh pusingan. Aku bersyukur kepadanya. Limpah kurniaNya, aku ditemukan dengan sang jejaka yang memahami aku. Aku bersyukur, di rumah Allah ini, sang jejaka yang bukan kacak, bukan kaya tapi penuh iman di dada.. 
*****
DI BUMI sendiri, aku memandang keluar tingkap. Hujan renyai mula membasahi bumi. Merenung jauh ke pemandangan hijau di luar. Pokok meliuk lentuk ditiup angin yang menerpa laju sekali-skala. Berdiri aku di tepi jendela yang usang. Kopi panas dalam mug aku hirup perlahan. Sesungguhnya aku tenang kini.
Sekali lagi aku melabuh punggung di tempat biasa. Skrin komputer aku renung lagi. Kali ini aku pasti mukadimah diri. Perlahan jari jemari aku menaip...
Maafkan aku..
Rapuh hati..rapuh jiwa..
Jalan itu yang aku lalui..
Meskipun rapuh...
Yang ku harap...
CintaMu yang bertakhta..
Maafkan aku..
Jika hati ini tak sempurna mencintaiMu..
Kerana aku rapuh...
Rapuh segala-galanya..
Aku senyum bila mendengar seseorang menyapa dari belakang . Aku menoleh.
"Abang..ada apa?"
"Buat apa, tak tidur lagi?"
"Belajar menulis puisi..."

MuNgKiNkAh DiA ImAmKu..? ^_^


Entah kenapa hatiku gelisah, berdebar kencang dari pagi tadi. Adakah kerana pembentangan hari ini? Mr West mahu aku ikut serta dalam RGM (Mesyuarat Bulanan General Manager) kali ini. Katanya agar aku pun turut mendapat kredit atas usaha keras kami selama ini.  Projek dua tahun ini mendapat perhatian CEO. Usai dhuha, aku menarik nafas panjang. Ku panjatkan doa pada Ilahi agar tenang hati ini. 
Bilik Mesyuarat Pluto
"Macam mana Umar?", tanya Pengurus Operasi kami. Mataku alihkan kepada lelaki itu. Terpaku aku. Subhanallah. Sosok tubuhnya benar-benar mirip dengan bayang lelaki yang kulihat dalam istikharahku kelmarin.
Pandangan mata kami bertemu. Senyum. Serentak itu, hatiku tenang, bagai semilir angin yang lalu. Allah Allah.
"Mungkinkah dia imamku?" Bisik hatiku penuh debar.
7 hari.
"Diba, awak tolong jumpa Umar. Dapatkan pandangan dia tentang paten komunikasi pekerja indonesia di sini."
"Erkk.. " Aku terkedu. Ya Allah, dekatkanlah dia padaku jika benar dia jodohku. Pada usia 32 tahun ini, hanya tawakal penguat semangatku. Aku yakin, pada ketika dan orang yang tepat, Allah pasti akan menjawab doaku.
Umar Budiharto. Itulah namanya. Baru ku tahu, dia itu berasal dari Bekasi, Indonesia. Cuma aku masih tak pasti apakah status dirinya. Selama ini tekadku, tak mungkin aku menjadi pemusnah kebahagiaan wanita lain.
Mengenalinya, aku rasa bagaikan sudah kenal lama. Tak sukar untuk mencari keserasian antara kami. Dia seperti aku, gilakan fotografi dan seni. Kami sering outing bersama teman-teman Kelab Fotografi. Dia buat aku selesa ,kerana solat tetap di jaga. Pesanannya selalu, mulakan walau sekecil apa pun kerja dengan Bismillah. Masakan tidak, tiga tahun di pesantren telah membentuk dirinya. Malah, sama seperti aku, dia juga memasang hajat membawa bonda dan ayahanda tercinta menunaikan manasik Haji.
Betapa sempurnanya lelaki ini di mataku. Hingga kini, soalan yang satu itu cuba kumatikan dalam benakku. Aku takut dengan jawapannya. Setelah rasa cinta ini membuak di dada, adakah mampu aku bertahan andai dia terhempas begitu sahaja. 
7 minggu
Telahanku benar. Sudah lima tahun dia berkahwin, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun tak pernah sekali pun dia mengatakan yang buruk tentang Kak Ayu, isterinya. Betapa bertuahnya kau kak. Oleh kerana tiada pelepasan majikan, Kak Ayu masih di Bekasi. Terpempan aku saat dia menyuarakan hasrat untuk mempertemukan aku dengan KakAyu. Adakah tega aku bertentang mata dengannya. Wanita yang bakal ku rampas separuh dari jiwanya. Pujukan Umar meyakinkan aku untuk bertemu. Ku salam dan ku cium tangan wanita itu. Dia tersenyum . Rupanya banyak yang telah Umar ceritakan tentang aku. Selepas berbasa basi, kak Ayu memulakan bicara.
"Akak rela berkongsi kasih. Mungkin ini cara Allah memberi rahmatNya.'
Sunyi. 
Haruskah aku gembira. Aku tak pasti. Antara prinsip dengan cinta dalam hati. Lama diam itu pengisi sunyi. Masing-masing dalam fikiran sendiri. Ku renung lembut wajah kak Ayu. Tulus wajahnya , setulus hatinya. Hujan di hatiku makin sarat. Dan entah dari mana datangnya kekuatan itu.
"Maafkan saya kak. Saya tidak pasti yang saya mampu ikhlas berkongsi kasih dengan akak. Apa mungkin memang Umar dijadikan sebagai pembela wanita, yang mampu menyebarkan cintanya buat kita berdua, itupun saya tak pasti. Berilah saya peluang untuk mencari ketenangan hati dan kekuatan diri. Mungkin ada baiknya kita tangguhkan dulu soal ini. Andai memang ini suratanNya."
Kaki terus ku bawa lari keluar dari KLCC. Empang air mata yang kutahan dari tadi, pecah akhirnya .
"Ya Allah. Aku tidak tahu , ya Allah... Tiada satu pun rahsia Mu dalam pengetahuanku. "
Makkah, 17 Ramadhan 1433H
Selesai sudah tawaf sunat ku. Aku menghela nafas. Alhamdulillah. Masih sudi Kau menerima aku sebagai tetamu Mu. Aku kembali pada Mu ya Allah. Ampunkan aku kerna selalu mencari cinta lain selain Engkau. Malunya aku. Kutundukkan wajahku , lalu bersujud. Aku redha atas segala ketentuanmu. Terimalah taubatku. Air mataku bercucuran. Hanya pada Tuhan Kaabah ini aku meratap. Biarlah kukhabarkan cintaku hanya padaNya.
'"Assalamualaikum Diba". Ku seka airmataku. Saat ku angkat wajahku, ku lihat dia. Ya, dialah lelaki itu. Dialah imamku. Terima kasih Allah.

Thursday, February 14, 2013

KaWaN Ku Yg HaPpEnInG...^_^


asslamaualaikum korang semua...korang nak tahu tak...2 org budak yg ader kat dalam gambar tuh kawan aku...hihihihihihih...tuh la kawan aku yg suka bergosip ngan aku...hikhihkihik...pape pon mereka berdua mememang paling sporting...hihihihi...yg tudung kelabu tuh sharifah (kak pah)..yg tudung pink tuh aida (nenek)....hihihihihi.....diaorang kadang2 banyak cakap la jugak..mcm aku..hihihih..pape pon aku suka bergosip ngan diaorang berdua nie..happening sangat...yg si aida tuh mmg kuat membebel..hihihih..yg si sharifah tuh diam..tapi handal la jugak bergosip...hihihihihi....tapi walaupon diaorang nie suka bergosip ngan aku...tapi diaorang berdua sangat baik ngan aku....baik tak terhingga..sampai belanja aku makan...hihihihihihi..yg si aida tuh suka jer senyum memanjang...kadang aida tuh suka jer ejek aku..tapi aku balas la balik...baru terdiam die...hihihih...si sharifah tuh aku suka sakat die memanjang...kadang2 aku sakat die sampai die mengamuk..mcm king kong..hihihihihi...ok la tuh jer yg aku boleh cerita pasal diaorang..kalau cerita bebanyak habis la rahsia diaorang berdua..hihihih...bye wasalam... ^_^

CiNtA @ JoDoH.... ^_^






"jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri 
kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. 
Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, 
kerana dia mengetahui segalanya daripada kita"

Berjalanlah dan usah sesekali berhenti
 kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita.
Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah
 kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." 

SaHaBaT tErBaIkKu.....^_^




Sahabat ...


di saat kita nikmati kebersamaan banyak hal yang terlewat kan begitu saja

keceriaan, canda dan tawa semuanya mengalir begitu saja 
waktu yang tersisah seolah tak mampu menampung nya dan waktu yang sangatlah singkat membuat ku teringat kepada mu sahabat ..


Semua kenangan - kenangan itu tak terasa ,pergi meninggalkan segala kegembiraan 

serta canda dan tawa mu satu persatu hilang sekejap mata 

ada beribu senyum saat terlintas memory yang dulu kala 


Sahabat ...

semua yang pernah kita jalani hari demi hari , waktu demi waktu telah kita lalui semuanya.
Banyak hal yg pernah terjadi karena itulah jalan hidup yang kita miliki 

kadang benci, kesal ,dan kecewa serta rasa senang dan sayang 

sungguh luar biasa , apa yang telah kita lalui bersama ..



Ya Tuhan ...

jagalah dan lindungilah
sahabat-sahabat ku 
karena mereka adalah sahabat terbaiku selamanya 



# MY BEST FRIEND FOREVER

Ya AlLaH AkU JaTuH cInTa...^_^


Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah
tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir
menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..
Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..
Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..
Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..

Wednesday, February 13, 2013

CiNtA HaNyA KiTa... ^_^



Aku melihat dia berlari jauh meninggalkan aku. Sudah perit tekakku memekik namanya.  Kali ini aku tahu aku sudah keterlaluan. Mungkin cinta ini akan berakhir disini. Namun bukan ini yang ku inginkan! Aku hanya mahu kau tahu bahawa kisah cinta ini hanya antara aku dan kau bukan satu dunia. Aku hanya mahu kita tahu betapa manisnya cinta yang kita lalui. Hanya kita. Salahkah aku?

“Eh,Man. Betul ke kau bercinta dengan budak perempuan yang cun tu? Part 4 kos business? Wahh. Makin hebat kau sekarang!” kata Izat bersemangat sambil menepuk-nepuk bahu Man. Man hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan kenyataan yang Izat berikan tadi.
“Suka hati kau je.  Jangan nak merepeklah.  Aku dengan dia kawan je.” Man merundung sendiri. Diperhatikan kiri dan kanan agar tiada siapa terdengar perbualan itu. Dilihatnya Izat berlalu pergi. Kawan baiknya yang selalu ada disisi. Namun bukan semua perkara akan dikongsi bersama.

Perempuan itu,Izatul Maysa. Sempurna buat aku. Ya,dia kekasihku. Satu-satunya wanita yang aku cintai. Aku tak mahu mengakuinya. Aku mahu simpan rahsia ini sampai satu saat nanti. Baru aku umumkan.
“Man,sampai bila awak nak rahsiakan hubungan kita? Siapa saya dihati awak?” Maysa menegurku.
“Maysa,saya bukan nak berahsia cuma saya nak hanya kita sahaja yang tahu kisah cinta ini. Awak wanita yang sempurna dalam hati saya. Salah ke kalau saya mahu menyintai awak dalam diam?” pujukku kaku.
“Ikut awaklah,Man. Terima kasih untuk akuan itu.” Senyum Maysa. Manis.
Man melangkah bersama Maysa untuk teruskan kelas yang telah ditetapkan. Ya. Merekalah satu-satunya pasangan kekasih yang masih belum mahu mengakui kisah cinta mereka. Mereka kata ini kisah antara aku dan dia bukan satu dunia. Namun jauh dihati Maysa,dia cemburu. Dia takut hatinya dipermainkan.

“Maysa! Tunggu kejap! Aku nak tanya kau sesuatu ni!” jerit Izat dari jauh yang sedang lari mengejar langkah Maysa.
“Ada apa izat? Aku nak cepat ni.”ujar Maysa. Malas mahu melayan hal yang remeh temeh.
“Ala,kejap jela. Eh,kau bercinta dengan Man,kan,kan,kan?”ujar izat yakin.
“Hurm,Ya. Kenapa?” ujar Maysa jujur. Terlupa kenyataan bahawa kisah aku bukan untuk satu dunia.
“Tipulah. Hari tu aku tanya Man,tapi dia kata tak pun. Kau kelentong aku ek?” Izat mengambil langkah untuk serkap jarang.
“Hah??! Dia kata tak??!” jerit Maysa sakit hati terus berlalu pergi meninggalkn Izat yang sedang tersenyum penuh makna.

Man duduk dibawah pokok Pine yang tertanam indah disudut jalan. Terpencil dan hijau.  Dia terkenang kenangan indah bersama Maysa. Ketika suatu petang dulu,mereka berjalan berpimpin tangan dipasiran pantai. Walau aku dan dia agak malu-malu namun kami bahagia. Kami rasa dunia ini bagaikan kami yang punya. Walau tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan dia. Saat indah itu berlalu dengan pantas. Namun,akhir-akhir ini bagaikan ada sesuatu yang mencacat celakan kenangan ini. Maysa bagai merajuk denganku. Seolah-olah menjauhkan diri dariku. Tidak tahukah dia bahawa aku terlalu merinduinya. Bagai mahu menjerit memanggil namanya. Sayu hatiku. Apakah salahku kini?

“Maysa!” jerit Man. Man bangun dari kerusi yang didudukinya dibawah pokok Pine tadi dan mengatur langkah untuk mendekati Maysa. Maysa hanya diam membisu. Mukanya kelat. Bagai ada sesuatu yang dipendamnya. Man tanya berkali-kali. Mendesak,mendesak dan terus mendesak sehinggakan..

“Cukuplah,Man!!” Maysa menjerit marah dan dia campak buku-buku yang dipegangnya ketepi.
“Cukuplah. Saya dah penat. Saya dah penat dengan sandiwara awak! Dengan saya awak kata lain. Tapi dengan Izat awak cakap lain!” bentak Maysa.
“Awak cakap apa ni,Maysa? Saya tak faham.  Apa yang izat cakap?” soal Man bertalu-talu.
“Jangan berdolak-dalih lagi Man. Awak kata pada Izat yang kita tak bercinta. Tapi dengan saya? Awak kata awak cintakan saya!” Maysa mula menanggis dalam marah. Kini semua yang terpendam sudah pun diluahkan.

“Maysa,awak lupa ke? Kan kita dah berjanji untuk biarkan kisah cinta ini hanya aku dan kau bukan satu dunia. Kalau kerana kenyataan inilah awak sampai tak bertegur dengan saya,saya minta maaf,Maysa. Namun hati saya tak pernah menipu. Hati saya hanya milik awak.” Man jatuh terduduk. Tunduk kesal.

“Saya mahukan cinta yang tampak dimata mereka,Man. Cinta yang nyata. Jujur saya katakan,saya cemburu melihat mereka bercinta tanpa perlu segan-silu. Saya hanya mahu mereka tahu tentang hubungan kita.” Tanggis Maysa sayu. Matanya mula sembap dan kemerah-merahan. Dalam hiba dia mengatakan “Saya rasa..saya tak layak buat awak,Man. Saya minta maaf.” Kata Maysa sambil mengutip satu persatu bukunya dan mula melangkah pergi meninggalkan Man.

Man mula sedar yang dia sudah kehilangan cinta dari Izatul Maysa. Dia melihat Maysa pergi dalam pandangan kabur akibat dari linangan airmatanya yang mencurah-curah. Dalam hiba.

“Izatul Maysa Binti Zaharan! Aku cintakan kau seorang sahaja didunia ini. Aku mahu kisah cinta kita hanya antara aku dan kau bukan satu dunia. Ya. Walaupun kadangkala,aku ingin menjerit bahagia untuk beritahu satu dunia bahawa aku sangat merinduimu,mencintaimu! Cinta,hanya kita!” jerit  Zamani Sulaiman dengan lantang dan penuh syahdu.  Airmatanya deras mengalir. Dan akhirnya dia tertunduk kembali.  Kali ini dia tak peduli lagi setiap bisikan suara dan pandangan mata yang sedang memerhatikan kisah cinta mereka. Dia puas walau mungkin ianya takkan bercantum lagi.

Bunyi tepukan gemuruh dari orang sekeliling menyedarkannya. Izat sedang memegang kamera video dan berdiri disamping Maysa. Man mula sedar bahawa ini satu sandiwara. Dilihatnya Maysa memegang kek Selamat hari lahir yang ke 21 tahun buatnya. Man terpinga-pinga. Seolah-olah baru sedar dari mimpi yang ngeri.
“Akhirnya,kau megaku jugak yang kau cintakan Maysa. Dulu aku tanya,mati-mati kau nafikan segalanya.” Ujar Izat tersenyum.

“Apa semua ni? Maysa? Izat?” soal Man. Matanya masih merah akibat terlalu syahdu melayan jiwang. Tanpa dia sedar yang Izat sudah lama merakamkan segala sandiwaranya bersama Maysa sebentar tadi.
“Rileks,Man. Selamat hari lahir wahai sahabat baikku. Ini hadiah untuk kau yang paling indah aku bagi. Sebab kau tak nak mengaku sendiri,jadi aku pakat dengan Maysa untuk kenakan kau. Tulah,siapa suruh jual mahal sangat. Kan dah kena bang bang boom! Hahahaha!” ketawa Izat.

“Sampai hati kau Izat! Aku ingat tadi aku dah hilang Maysa. Untuk Maysa,aku sanggup buat apa sahaja. Aku cintakan dia tapi aku mahu kisah ini menjadi kisah aku dan dia sahaja. Mungkin aku salah.” Mata Man bertentang dengan Maysa.
Maysa mendekatinya. Dihulurnya kek yang sudah terpasang lilin. Man meniup lilin itu. Maysa meletakkan kek itu ke tepi dan mengelap airmata Man. 

“Maafkan saya. Saya cuma mahu tahu kebenarannya. Dan ternyata ia cinta. Cinta kita. Tapi kini tidak lagi menjadi rahsia. Izat pujuk saya untuk kenakan awak. Sempena hari lahir awak. Saya tak nak. Tapi kata Izat,mungkin dengan cara ini dapat membuka mulut awak untuk memberitahu rahsia kita. Kalau awak tak jerit tadi,mungkin awak benar-benar kehilangan saya. Saya juga mencintai awak,Zamani Sulaiman. Selamat hari lahir,sayang. Maafkan saya.” Tutur Maysa lembut. Man tersenyum. Digenggam erat tangan mulus itu. Bagai tak mahu dilepaskan lagi.

“So,lets celebrate our romeo's birthday.” Kata Izat memecah suasana.  Dipotongnya kek dan dihulur kepada Man. Man mengenakan Izat dan Maysa. Man calitkan krim kek itu ke pipi Maysa dan hidung Izat. Mereka berkejaran ditaman indah itu. Pokok Pine menjadi saksi kebahagiaan mereka. Suara teriakkan,tawa silih berganti.
Man menghantar Maysa pulang ke rumah. Sebelum Maysa melangkah masuk ke rumah,Man bisikan sesuatu yang membuatnya senyum malu.

“Lepas interview minggu depan,kalau tak ada aral melintang,insyaALLAH,saya hantar rombongan meminang,ek?” kata Man sepatah demi sepatah. Maysa kaku. Namun,dia tunduk malu. Mengangguk setuju.

“Man! Tahniah! Kau dah nikah pun akhirnya. Nah,ni hadiah kahwin kau dengan Maysa.  Jangan berebut,okey? Hahaha. I got to go now. Next year i will be back,insyaALLAH.” Kata Izat. Dia mahu pergi menyambung pelajaran ke Australia. Mungkin dia akan bertemu jodoh disana.

Man dan Maysa membuka hadiah yang diberikan oleh Izat. Sekeping cakera padat. Tertulis ‘Cinta,hanya kita.’ Berserta nota pendek dari Izat. kalau korang bergaduh,tengoklah balik video ni. Mungkin ia dapat buat korang tersenyum indah. Tahniah sekali lagi buat korang. –Izat
Maysa memasang cakera padat tersebut untuk melihat video apa yang diberikan oleh Izat. Skrin itu memaparkan tajuk ‘Cinta,Hanya kita.’ –Man dan Maysa- 

Izat telah merakamkan segala gerak-geri Man dan Maysa. Semasa mereka dipantai. Pertama kali memegang tangan. Sehinggalah saat Man mengatakan “Izatul Maysa Binti Zaharan! Aku cintakan kau seorang sahaja didunia ini. Aku mahu kisah cinta kita hanya antara aku dan kau bukan satu dunia. Ya. Walaupun kadangkala,aku ingin menjerit bahagia untuk beritahu satu dunia bahawa aku sangat merinduimu,mencintaimu! Cinta,hanya kita!”

RaHsIa JoDoH SaYa...^_^



Melihat kebahagiaan manusia lain dengan apa adanya pada diri kita itu adalah sangat bahagia. Namun pada ketika melihat kebahagiaan orang lain dengan diam-diam melihat segala kekurangan diri sendiri, itu adalah muara segala kepedihan.
Di muara itu, pedih itu akan mengalir perlahan-lahan, lesu tapi pasti ke hulu hati. Dan inilah kisahnya, kisah bagaimana saya akhirnya menegadahkan wajah pada yang namanya bahagia yang pedih.
Tahun akhir.
Tahun terakhir di universiti menjadikan saya perempuan yang kurang terkendali. Tugasan akhir perlu dihantar, harapan ibu bapa juga perlu dijunjung, namun paling membuat saya terjerembap pada namanya pedih, adalah kata-kata mitos yang entah siapa menciptanya.
Kata mereka, "Sekiranya kamu sudah berada pada tahun akhir, tetapi kamu belum punya buah hati, kamu akan sulit mencari jodoh."
Saya tahu itu mitos, namun tetap sahaja ia mengganggu hati pada ketika mata mahu pejam. Ia seperti nyamuk yang lapar dan menyangka telinga kita adalah tempat meluahkan rasa laparnya.
Saya cuba sabarkan diri, cuba penuhkan waktu dengan segala jenis kesibukan yang saya tahu, namun tetap sahaja kata-kata mitos itu berdatangan masuk ke dalam hati. Jelas, hati saya masih ada celah-celah yang tidak saya ikat rapat-rapat, walaupun sudah segenap usaha saya mencuba.
Bertanya juga saya dalam hati, "Mengapa tidak ada yang mengutuskan surat cinta?"
Untuk pertanyaan itu sering saya jawab dengan penuh rasa rendah diri, "Saya bukan perempuan yang cantik."
Yang bertambah merisaukan saya adalah pada hari itu, pada ketika saya mahu menyedapkan hati, mahu berkata cinta sebelum nikah itu haram lalu saya bertanya kepada teman sebilik saya yang tinggi ilmunya.
"Kamu tidak fikir cinta sebelum nikah itu haram?"
Dalam tersenyum dia menjawab, "Bercinta tidak haram, yang haram adalah zina. Jadi sekiranya cinta kamu itu mendekatkan kamu kepada zina, kamu boleh fikirkan sendiri hukumnya, dan kamu sendiri tahu menyusun keutamaannya. Jangan salahkan cinta tetapi salahkan diri kamu sendiri. Nabi Muhammad saw sendiri tidak membantah orang bercinta tetapi cinta itu perlu berakhir dengan perkahwinan kerana hanya itu ubatnya cinta.
Seperti kisah seorang gadis yatim yang dipinang oleh dua lelaki. Seorang miskin dan seorang kaya. Gadis tadi memilih lelaki miskin tadi atas dasar cinta sedangkan penjaganya memilih lelaki kaya tadi. Apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah, beliau bersabda, 'Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah". Ini hadis sahih riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah."
Itu jawapan yang saya pegang bersama dengan runsing pada mitos yang saya tidak tahu di mana benarnya. Mujur juga, teman sebilik saya yang cantik, alim dan bijak itu tidak ada teman lelaki. Keadaan itu melegakan hati saya kerana saya tahu, saya tidak sendiri.
Yang paling melegakan saya adalah bicaranya. Katanya, "Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu."
Lalu berdoa sahajalah yang dapat saya lakukan, dan akhirnya, seperti doa dalam diam saya dijawab Tuhan, dan pada hari itu saya menemukan lelaki ini, lelaki yang membuatkan mitos itu kabur daripada hati saya.
Lelaki.
Dia rakan sekuliah, dan dia seorang yang sangat tekun belajar dan dia cuma kalah tekunnya kepada rakan karibnya sendiri. Markah peperiksaan dia tidak pernah gagal mendapat B ke atas. Pada wajah dia, semua sepakat mengakui, jelas sinar kejayaan di situ. Saya juga melihat perkara itu dan saya akui dalam tidak sedar, hati saya mula terpaut kepada dia.
Namun, perempuan tetaplah perempuan. Malu itu adalah perkara nombor satu. Malahan dengan kacak wajah lelaki itu, saya sangat yakin, setidak-tidaknya dia sudah punya kekasih yang akan diajaknya bernikah usai menerima ijazah.
Itu yang saya yakin sehinggalah pada hari itu, selepas peperiksaan terakhir, pada ketika di luar dewan peperiksaan masih riuh dengan gelak tawa, dia datang kepada saya.
"Saya tidak pandai berkata-kata dan saya masih malu," ucap dia yang pertama, membuat saya terhairan-hairan.
"Jadi?"
"Begini, biar saya berterus-terang." Lelaki itu menggaru-garu dahinya yang saya tahu tidak gatal, tetapi gaya itu membuatkan saya semakin tertanya-tanya.
"Begini...." Pada ayat itu juga dia berhenti dan kembali tunduk.
Saya hanya melihat jam, dan apabila melihat saya begitu, wajahnya terlihat risau.
"Begini...."
"Apa yang begini?" soal saya segera.
"Begini, saya bertanya kepada ibu saya, bagaimana saya mahu mencari perempuan yang baik untuk saya nikahi. Ibu saya menjawab, saya tidak perlu risaukan berkenaan perkara itu. Perkara yang perlu saya risaukan adalah diri saya sendiri. Saya perlu menjadi lelaki yang baik dan pada ketika itu persoalan 'bagaimana mencari perempuan baik' akan selesai dengan sendirinya," jelas dia panjang.
"Jadi?" soal saya lagi dengan hati yang sudah berdegup kencang.
"Jadi, saya fikir, dalam empat tahun di sini saya sudah berusaha sebaik mungkin menjadi lelaki terbaik, dan saya fikir, lelaki yang baik bukan lelaki yang sekadar menanti jodohnya, tetapi adalah lelaki yang juga mencari, dan itulah yang saya mahu beritahu," jawab dia dengan tergagap-gagap.
Mendengarkan itu pipi saya menjadi merah. Apa maksud dia? Mengapa tiba-tiba dia berkata begitu kepada saya? Takkan dia.... Tiba-tiba saya berasa saya menjadi perempuan yang sangat bertuah.
"Jadi, saya minta tolong awak, tolong hantarkan surat ini kepada rakan sebilik awak," kata dia lalu menghulurkan surat bersampul biru muda kepada saya, dan terus rasa bertuah saya hilang entah ke mana, dan terus sahaja merah pipi saya bertambah hangat.
"Sebelum awak salah anggap, ia bukan surat cinta, tetapi ia adalah surat izin mahu berjumpa ayahnya. Jadi saya harap awak tidak anggap saya ini lelaki yang sekadar bermulut manis," jelas dia dengan bersungguh-sungguh.
Saya tahu, pedih saya sudah bermula. Teman yang membuatkan saya selesa itu juga sudah menerima surat cinta, dan saya? Tetapi saya tetap bahagia kerana teman baik saya itu mendapatkan lelaki yang mendengar kata-kata ibunya, lelaki yang cerah masa hadapannya. Saya bahagia tetapi tetap sahaja ia bahagia yang pedih.
Lalu pada ketika saya memberikan surat sampul biru muda kepada teman sebilik saya, dia berkata, "Sebenarnya, kamu juga mendapat surat yang sama daripada rakan karib lelaki itu. Kamu sangat bertuah." Lantas dia menghulurkan satu sampul surat putih kepada saya.
Pada sampul surat putih di tangan saya itu, saya tahu seperkara, apapun isinya, ia adalah petunjuk kepada rahsia jodoh saya.

Tuesday, February 12, 2013

CiNtA Ke SyUrGa.... ^_^


Sarah Khumairah melajukan langkahnya mencari jalan pulang ke bilik memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 7.15 minit petang tidak lama lagi azan maghrib akan berkumandang "Ya Allah bantulah hambamu ini" doa Sarah Khumairah dalam hati. "Macam mana boleh tak sedar dah pukul 7 ni tu la tadi leka sangat alih-alih lupa plak jalan nak balik bilik" bisik hati kecil Sarah Khumairah.. "Assalamualaikum ya ukhti, minta maaf jika ana telah menakutkan anti, dari tadi ana lihat anti macam ada masalah, bukanlah niat ana untuk menyibuk tetapi ana cuma risau melihat seorang gadis mundar-mandir di tepi pantai seorang diri lebih-lebih lagi pada waktu macam ni.." tegur seorang lelaki berwajah kacukan arab itu didagunya terdapat sejemput janggut yang tidak berapa panjang, Sarah Khumairah terpukau seketika melihat ketampanan lelaki tersebut.. "Astaghfirullah, berdosa memandang lelaki yang bukan muhrimku" hatinya berkata lalu Sarah Khumairah menundukkan pandangannya.. " Ana nak balik ke bilik tetapi ana tak ingat jalan pulak" jawab Sarah Khumairah takut-takut.. "Ermm.. Boleh ana tau berapa nombor bilik anti??" tanya lelaki itu.. "Errr.. no 143" Sarah Khumairah menjawab.. "Eh, bilik anti selang 2 bilik dari bilik ana maknanya kita sehaluan kalau anti tak keberatan ana boleh tolong tunjukkan jalannya".. Sarah Khumairah membalas dengan anggukan lalu mereka berjalan menuju ke bilik, si lelaki tadi berjalan didepan manakala Sarah Khumairah hanya mengikut saja dibelakang tiada sebarang perkataan yang terluah dari mulut mereka masing-masing hanya mendiamkan diri sehinggalah tiba dibilik.. "Terima kasih kerana anta telah menolong ana mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan anta" ucap Sarah Khumairah ikhlas.. Lelaki tadi membalas dengan senyuman sekali lagi Sarah Khumairah terpesona melihat lelaki itu. "Astaghfirullah, hati kenapa mudah sangat kau terpaut".. bisik Sarah Khumairah lagi..
         "Ya Allah sesungguhnya aku telah terpaut dengan lelaki tadi, jika diizinkan Engkau aku berharap dia menjadi imamku tetapi jika sudah tertulis dia bukan untukku aku mohon Engkau bantulah aku melupakan lelaki itu aku tidak mahu mempunyai perasaan kepada lelaki selain dari suamiku" rintih Sarah Khumairah selepas solat maghrib. Sarah Khumairah merenung di luar jendela kelihatan lelaki kacukan arab itu sedang berbual bersama seorang perempuan berpurdah timbul rasa bersalah dihatinya "Ya Allah, dia sudah beristeri rupanya apakah aku berdosa kerana menaruh perasaan kepadanya sudah jelas bahawa dia bukan tercipta untukku" bisik hati Sarah Khumairah sedih.. Sarah Khumairah duduk dikatil dan berzikir untuk menghilangkan kecewa di hatinya tiba-tiba perutnya terasa lapar Sarah Khumairah mengambil keputusan untuk makan di kedai yang ada dikawasan chalet sahaja setelah bersiap beliau meninggalkan bilik..
        "Alhamdulillah, kenyang perut" Sarah Khumairah tersenyum senang beliau mengambil keputusan untuk balik ke bilik "assalamualaikum" sapa seorang gadis berpurdah "ini isteri lelaki tadi '' bisik Sarah Khumairah.."Err.. waalaikumussalam" jawab Khumairah lalu menghadiahkan senyuman.. "Boleh ana  jumpa anti sekejap??'' tanya gadis berpurdah itu "boleh, apa salahnya.." Sarah Khumairah menjawab lalu mereka mengambil tempat di bawah pokok, lampu yang dipasang di sekeliling pokok tersebut sedikit sebanyak membantu menerangi kegelapan malam.. "Ana minta maaf jika kata-kata ana nanti akan mengejutkan anti, ana bukannya apa tapi demi kebahagiaan abang Muaz ana relakan" ucap gadis berpurdah tadi. Sarah Khumairah sudah mula risau "minta maaf ana kurang jelas dengan apa yang anti cuba katakan ini" jawab Sarah Khumairah jujur "ana Ummu Habibah isteri kepada Muaz Al-Ain lelaki yang telah menolong anti tadi kami sudah 4 tahun berkahwin tetapi ana tidak boleh memberi zuriat kepada abang Muaz lagipula ana mempunyai masalah kesihatan ana menghidap barah otak doktor kata ana dijangkakan hidup 3 bulan lagi jadi ana ingin anti menjadi isteri kepada abang Muaz ana yakin dan percaya anti akan membahagiakan abang Muaz" luah Ummu Habibah sedih.. "Astaghfirullah, anti tidak kenal ana macam mana anti boleh katakan ana ini dapat membahagiakan suami anti tiada isteri yang rela untuk bermadu dan ana yakin anti juga begitu jadi kenapa anti mudah sangat nak menjodohkan suami anti dengan ana jika suami anti tahu mesti dia sedih kerana isterinya meminta dia untuk berkahwin lagi, ana pun tidak sanggup merampas kebahagiaan orang lain ana mintak maaf jika kata-kata ana ini melukakan hati anti" Sarah Khumairah bangun hendak meninggalkan Ummu Habibah " Sarah Khumairah tunggu dulu ana belum habis jelaskan lagi' panggil Ummu Habibah lalu Sarah Khumairah berpaling "macam mana anti tau nama ana??" soal Sarah Khumairah.. "Semuanya dengan izin Allah, ana telah membuat istikharah seminggu yang lalu Dia telah memberi petunjuk kepada ana bahawa abang Muaz akan membantu seorang gadis yang bernama Sarah Khumairah untuk balik ke bilik di pantai ini dan ana dapat lihat wajah anti dengan jelas dalam mimpi itu dan ternyata perkara ini telah terjadi pada hari ini ana yakin bahawa anti adalah orang yang layak menggantikan ana, anti boleh ambil masa untuk berfikir ambillah kad ini telefon ana bila anti dah ada keputusannya" jawab Ummu Habibah dengan panjang lebar lalu meninggalkan Sarah Khumairah..
             "Aduh sakitnya, mana abang pergi ni.. Ya Allah sakitnya" rungut Sarah Khumairah lalu menggosok kakinya yang sakit setelah terjatuh tersepak batu di tebing Sungai Congkak tadi "Ya Allah, isteri abang jatuh mari sini abang tolong" Muaz Al-Ain menghulurkan tangannya lalu disambut oleh Sarah Khumairah.. Khumairah tersedar dari tidur jam menunjukkan pukul 6.10 minit pagi beliau membaca doa bangun tidur lalu membersihkan diri untuk solat subuh.. Sarah Khumairah turun ke dapur untuk membantu umminya Pn Farizah menyiapkan sarapan, setelah mereka sekeluarga bersarapan Sarah Khumairah mengambil keputusan untuk berterus terang dengan walid dan umminya, Khumairah menceritakan dari mula hingga akhir tentang pertemuannya dengan Muaz Al-Ain dan Ummu Habibah sepanjang bercuti di Port Dickson 3 minggu yang lalu.. "Jika itu petunjuk dari Allah walid izinkan tapi Khumai  kena tanya Ummu Habibah tu dulu samada Muaz betul-betul setuju dengan rancangannya ini Khumai tau kan soal kahwin bukan untuk main-main" nasihat En. Solahuddin Sarah Khumairah sekadar mengangguk " betul cakap walid tu, kalau betul-betul setuju datang masuk meminang" sampuk Pn. Farizah timbul perasaan resah di hati Sarah Khumairah hatinya tertanya adakah setuju itu merupakan jalan terbaik bagaimana jika Muaz Al-Ain tidak bersetuju dan tidak pernah terfikir dengan rancangan Ummu Habibah itu.
             Hari ini genap setahun perkara itu berlalu Sarah Khumairah telah melupakan segalanya dia lebih senang menghabiskan masa bersama ahli usrahnya, setiap kali habis waktu mengajar di Tadika Islam Al-Islah pasti dia akan pergi berjumpa ahli usrahnya semasa dalam perjalanan hendak pulang ke rumah Sarah Khumairah terkejut apabila terserempak dengan Muaz Al-Ain, Sarah Khumairah melajukan langkah kakinya tapi dihalang oleh Muaz Al-Ain katanya ada perkara penting yang perlu disampaikan pada Sarah Khumairah pada mulanya Sarah Khumairah menolak tetapi terpaksa bersetuju setelah Muaz Al-Ain memberitahu bahawa ini adalah wasiat dari Ummu Habibah rupanya Ummu Habibah telah pulang ke rahmatullah 10 bulan yang lalu Muaz Al-Ain menyerahkan surat yang ditulis oleh Ummu Habibah sehari sebelum pemergiannya di dalam surat tersebut Ummu Habibah sangat berharap jika Sarah Khumairah dapat menjadi isteri kepada Muaz Al-Ain.. Ummu Habibah juga mengatakan bahawa dia dapat merasakan bahawa Muaz Al-Ain mempunyai perasaan sama seperti Sarah Khumairah dan Ummu Habibah telah menjadikan perkahwinan antara Sarah Khumairah dan Muaz Al-Ain sebagai wasiatnya yang terakhir.
            "Muhammad Muizzuddin, Muhammad Taqiuddin masuk sayang dah pukul 6.30 ni mandi siap-siap untuk solat dan belajar mengaji dengan abi" panggil Sarah Khumairah kepada dua putera lelakinya yang sedang leka bermain bola dihalaman rumah "anak-anak kesayangan abi sekalian, kan ummi dah panggil  masuk kenapa main-main lagi ni kan abi dah banyak kali pesan kita kena ikut cakap ummi kerana" belum sempat Muaz Al-Ain menghabiskan ayatnya anak-anak kesayangan mereka menyambung serentak "syurga terletak dibawah kaki ibu" lalu mereka berebut masuk untuk bersiap Muaz Al-Ain dan Sarah Khumairah tersenyum melihat telatah anak-anak pengarang jantung mereka. "Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan aku suami dan anak-anak yang soleh aku memohon agar Engkau merahmati kami sekeluarga dan memberikan nikmat kasih sayang ini berterusan hingga ke syurga.. Amin" doa Sarah Khumairah dalam hati...

TiNtA SeOrAnG SaHaBaT...^_^

   
          "Kau tau tak dalam ramai-ramai orang kat dunia ni kaulah orang yang paling aku benci sekali!! mulai hari ni kita putus kawan!!" terngiang-ngiang ayat itu di telinga Basyirah dia tidak menyangka bahawa Iwani akan mengucapkan kata-kata yang sebegitu, niatnya tadi hanya ingin bergurau bukan untuk melukai hati Iwani.. "Ya Allah, aku memohon pada Engkau jangan putuskan ikatan persahabatan antara kami kekalkanlah kemesraan antara kami sesungguhnya hanya kepada Engkau tempat aku mengadu dan memohon pertolongan.. Amin" doa Basyirah sambil menitiskan air mata..
               Basyirah berjalan menuju ke perpustakaan sekolah dia terlihat Iwani sedang mencampakkan hadiah pemberiannya sempena hari lahir Iwani yang lalu ke dalam tong sampah hatinya berasa sangat sedih dia tidak menyangka bahawa Iwani tidak bermain-main dengan ucapannya semalam. Basyirah membatalkan hasratnya untuk ke perpustakaan dia menuju ke musolla untuk membaca al-quran dan berzikir untuk menenangkan hatinya kerana penawar hati adalah membaca al-quran dan ingatkan kematian.
             Sedang Iwani menyiapkan tugasan yang diberi Ustazah Mashitah dia terkejut melihat Basyirah datang kepadanya sambil menangis Basyirah memohon maaf di atas perbuatannya kerana telah meletakkan katak di dalam beg Iwani sedangkan Basyirah tahu bahawa Iwani sangat takut kepada katak kerana sewaktu kecil dahulu seekor katak pernah masuk ke dalam baju Iwani. Iwani tidak mahu memaafkan perbuatan Basyirah tersebut baginya Basyirah sudah keterlaluan sepanjang mereka bersahabat Iwani tidak pernah terfikir untuk mengenakan Basyirah apatah lagi melukakan hatinya tetapi Basyirah dengan mudahnya melakukan perbuatan tersebut Iwani rasa Basyirah telah mengkhianati persahabatan mereka. "Sudahlah Syirah, aku rasa kau dan aku memang tak sesuai untuk berkawan kalau boleh aku tak nak kau ambik tau apa-apa pasal aku lagi jangan terkejut kalau kau dah tak jumpa aku kat facebook sebab aku dah block kau dari kawan eh bukan setakat fb je dekat mana-mana pon sama". Basyirah rasa tiada apa lagi yang perlu dibincangkan, Iwani sudah betul-betul benci kepadanya dan Basyirah pulang ke asrama dengan hati yang benar-benar terluka mungkin tidak ada ubat yang boleh menyembuhkan luka itu.
            "Eeii.. kenapa semua orang suka sangat kawan dengan Basyirah tu apa yang lebihnya dia padahal semua orang tahu yang dia dah buat jahat kat aku tapi orang masih nak sebelahi dia.." rungut Iwani  sambil menghentakkan kakinya setelah melihat kemesraan Basyirah bersama rakan-rakan yang lain. Iwani berjalan menuju ke dewan makan dengan hati yang sebal lalu dan telah terserempak dengan seorang pelajar lelaki bernama Amjad Amsyar yang kebetulan ingin ke dewan makan. Iwani sudah lama memendam perasaan kepada Amjad cuma dia tidak mampu untuk meluahkan rasa itu jadi dia merasakan ini peluang keemasan untuk mendekati Amjad apatah lagi sekarang dia memerlukan teman untuk meluahkan perasaan. "Err.. Amjad.. Boleh tak saya nak berkawan dengan awak??" soal Iwani gementar.. "Saya rasa kalau nak berkawan tu boleh apa salahnya dapat kita merapatkan lagi ukhuwah antara umat islam.." jawab Amjad lalu tersenyum ikhlas.. Iwani rasa sangat bahagia hatinya berbunga-bunga dengan pantasnya dia mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen untuk diberikan kepada Amjad dia meminta Amjad menulis nombor telefon disitu.
          Hari ini semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung masing-masing, Iwani tidak sabar untuk menghantar sms kepada Amjad dia ingin menjadi orang yang teristimewa di dalam hati Amjad. Selepas solat isya' Iwani memulakan misinya dengan lafaz basmallah mesej berjaya dihantar

+ Slm prknln.. (Iwani )
- Salam perkenalan kembali.. Ada apa ya??

Iwani tersenyum membaca balasan dari Amjad lantas dia menekan kekunci telefon bimbitnya

+ Saya ada masalah..
- Mslh apa ya?? Insyaallah mngkin saya boleh tlg..
+ Saya ada mslh dgn Basyirah dia letak katak dlm beg saya pdhal dia tau saya takutkan katak 
   sampai hati dia buat saya macam tu..
- Mungkin dia ingin bergurau.. Cuba bncng elok2 dgn Basyirah.. Saya yakin & percaya awk &
  Basyirah akn berbaik semula saya fhm sgt dah perangai Basyirah tu mcm mana dia kan suka
  bergurau.. dia ceria, sbb tu la saya sukakan dia..

  Pengakuan jujur Amjad itu menambahkan lagi rasa sakit di hati Iwani selama ini Iwani fikir Amjad mempunyai rasa yang sama sepertinya kerana kadang-kadang Iwani terlihat Amjad mencuri-curi pandang ke arahnya rupa-rupanya orang yang selama ini dipandang Amjad ialah Basyirah sahabat baikknya yang kini telah menjadi musuhnya. Iwani tidak membalas mesej Amjad itu dia rasa sebal dan sejak itu Iwani mula menyimpan dendam terhadap Basyirah dia tidak akan sekali-kali membiarkan Basyirah mendapat lebih darinya "permainan baru bermula Basyirah, kita tengok siapa yang menang dan siapa yang akan melutut" bisik hati jahat Iwani manakala syaitan ketawa kegirangan melihat anak Adam yang berjaya ditewaskan.
      
        Basyirah mengejar Iwani tetapi Iwani mempercepatkan langkahnya "Wani, tunggu dulu aku ada benda nak cakap dengan kau ni!" jerit Basyirah sambil berlari-lari anak "eh, kau blah la aku menyampah tengok muka kau!!" balas Iwani dia terus pergi meninggalkan Basyirah bersendirian disitu perasaan dendam telah membutakan hati Iwani dia sudah nekad akan membalas dendam dan tidak akan berpaling lagi.

        Iwani terlihat ada surat dari Basyirah di atas meja, Iwani menyimpan surat itu di dalam beg dia tidak tahu bila dia akan membacanya mungkin selama-lamanya. Hari ini, dia telah menyediakan satu permainan untuk mengenakan Basyirah dia akan pastikan Basyirah melutut kepadanya sambil menangis dan disaksikan oleh rakan-rakan yang lain. Iwani memanggil Basyirah sambil menghadiahkan senyuman yang manis Basyirah membalas senyuman itu tanpa bersangka buruk kepada Iwani. Iwani mengajak Basyirah pergi ke kedai didepan sekolah katanya dia ingin memohon maaf juga kepada Basyirah, sebagai tanda maaf dia ingin belanja Basyirah makan ketika itu ramai pelajar lelaki dan perempuan, mereka baru habis kelas persediaan (prep) jadi masing-masing ingin pulang ke dorm dan ada juga yang ingin ke kedai untuk membeli barang keperluan yang sudah habis.Semasa dalam perjalanan, Iwani sudah siap sedia untuk menjalankan rancangannya dengan tidak semena-mena kakinya tersepak batu saat dia hendak terjatuh Basyirah sempat menarik tangan Iwani dan tiba-tiba kedengaran bunyi hentakan yang sangat kuat, darah memercik ke muka Iwani kelihatan Basyirah diheret oleh sebuah lori setelah Basyirah berjaya melepaskan dirinya dari terus diseret tiba-tiba dia di gilis oleh sebuah kereta lain yang gagal mengawal kenderaan lalu terbabas. Kelihatan Basyirah menggelupur semakin lama semakin perlahan darah membuak-buak keluar dari mulutnya lalu nafasnya terus berhenti orang ramai mula memenuhi jalan tersebut Iwani berlari mendapatkan Basyirah yang kaku di atas jalan dia menjerit-jerit seperti orang yang hilang akal dia sangat menyesal dengan perbuatannya namun semuanya sudah terlambat Basyirah sudah pergi selama-lamanya.

      Jenazah Basyirah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, Iwani menangis tidak henti-henti dia rasa sangat menyesal tiba-tiba dia teringat surat yang Basyirah beri kepadanya dia mengambil surat tersebut lalu membacanya,

        Kehadapan sahabatku Iwani Izzati, aku Siti Basyirah ingin memohon kepada engkau atas segala perbuatanku terhadap engkau memandangkan engkau sudah tidak mahu bercakap dan memandang wajahku aku mengambil keputusan untuk mengirimkan warkah ini.
       Aku tahu aku bukan sahabat yang baik walaupon kita sudah lama berkawan aku masih lagi tidak memahami diri kau maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat yang terbaik buat kau aku gagal untuk menjaga hati seorang sahabat. Kau tidak pernah melukai hati aku hanya aku sahaja yang selalu menyakiti hati kau maafkan aku sekali lagi.
      Terima kasih atas perhatian yang kau beri kepada aku selama ini hanya satu harapan aku aku berharap kita akan berbaik seperti dulu aku sangat merindukan saat-saat manis kita bersama aku tidak mahu persahabatan kita habis disini sahaja tolonglah Iwani aku merayu kepada kau.

         Insan yang berdosa,
                                                                                                              
         Siti Basyirah bt Suhaimi.


             Iwani meraung membaca warkah dari Basyirah itu dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia tidak akan lagi mengulangi kesalahannya yang terlalu mengikut perasaan itu dan sejak dari hari itu dia tidak pernah lupa menghadiahkan Al-Fatihah kepada Arwah Basyirah dan setiap kali pulang ke kampung dia akan menziarahi kubur arwah, semoga arwah Siti Basyirah ditempatkan di kalangan orang beriman.. Al-Fatihah..